Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

01 Ogos 2012

Studio Silat Kelab Cikgu Halim

Assalamualaikum Semua,

Lama rasanya admin berdiam diri dekat blog nie...apa pun aktiviti kelab tetap berjalan seperti biasa...cuma blog je admin ssh sgt nk update coz sibuk bekerja dan mcm2 lg tugas yang admin perlu galas....

nie admin nak bg tau sume..yg kelab cikgu halim telah ada studio yg baru tau....wahhhh...nampak x dh semkn profesional dh kelab nie kn...apapun tahniah la kepada sume yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.......nnt gmbr2 studio admin akan update dr ms ke semasa yek.......

tidah lupa juga SALAM RAMADHAN dr admin......