Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

05 April 2010

KERIS PILIHAN ANDA


Jika anda diberi peluang untuk memiliki keris, atau mmg nak sangat ada sebilah keris untuk simpanan peribadi, berapa lok kah keris yang anda mahu???

Mari lihat personaliti anda berdasarkan jumlah lok keris...

1. Keris bermata lurus melambangkan kesetiaan, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ia lazimnya digunakan sebagai keris adat istiadat.

2. Keris berlok 3 biasanya digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat menunaikan sebarang permintaan penggunanya.

3. Keris berlok 5 melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh mempengaruhi orang melalui bicaranya.

4. Keris berlok 7 melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.

5. Keris berlok 9 melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.

6. Keris berlok 11 menggambarkan pemiliknya bercita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumahtangga.

7. Keris berlok 13 pula bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya.

Hm...agak2 anda yang mana satu???


Rujuk:
Mohd Zainudin Hj Abdullah dan Mohd Shahrin Shah, 2007. Senjata Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka - Bahagian Keris>Lok Keris.

Artikel oleh:Izhar Mat Isa