Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

05 November 2009

UJIAN PENILAIAN SILAT - MAKTAB PERGURUAN TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR

Majlis : Ujian Penilaian Silat Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
Tempat : Dewan Besar Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam-11.00 malam

Penguji : Cikgu Emy Fadly (PSGFM KL)

Keputusan :
1) Bengkung Putih - 10 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Kuning)

Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat maktab perguruan kerana lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Silat yang telah diadakan. Semoga kejayaan ini menjadikan anda semua lebih gigih dalam meneruskan latihan dan lebih bersemangat lagi dalam persilatan.

penerangan oleh penguji sebelum ujian dijalankan


pesilat sedang mempamerkan buah silat untuk diuji


bersedia untuk diuji...pesilat wanita juga turut mengambil bahagian dalam ujian penilaian silat kali ini


gambar kenang-kenangan bersama Guru Kanan dan Guru Muda PSGFM-KL Cikgu Halim Hamit dan Cikgu Emy Fadly