Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

16 September 2009

GURU UTAMA PSGFM-ALLAHYARHAM TUAN HAJI ANUAR BIN ABDUL WAHAB A.M.N.

Kewibawaan Guru Utama PSGFM - Tuan Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab A.M.N.

Biodata Ringkas

Dilahirkan pada 23 Disember 1945 di Bagan Tunjang, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa gelaran/singkatan (A.M.N.). Beliau juga dianugerahkan gelaran Pendita oleh majalah senibeladiri terkemuka negara majalah Seni Beladiri di atas segala jasa dan sumbangan beliau di dalam dunia persilatan. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang pada 10 Mac 2009 (Al-Fatihah).

Pengalaman Bidang Silat

Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN merupakan Guru Utama PSGFM. Pengalaman yang luas dalam perkembangan dunia persilatan Melayu, menjadi pengasas Silat Olahraga, Silat Seni, Silat Melayu dan Gendang Silat Baku di Malaysia.

Pendidikan

Beliau mempunyai iktisas di bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis. Mendapat B.A. Kepujian di bidang Ilmu Kemanusiaan Pengkhususan Kesusasteraan Melayu. Memiliki Diploma Sarjana M.A UKM, Bangi dan memperoleh Sarjana M.A. UKM di bidang Persuratan.

Aktiviti

Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dari tahun 1986 hingga 1989. Pengerusi Wasit/Juri Silat Olahraga Pusaka. Penasihat Majlis Jurulatih Silat Oalahraga. Jurulatih Silat bertaraf antarabangsa bagi Malaysia di dalam Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT). Menerajui seluruh Kejuaraan Silat Kebangsaan sejak tahun 1984 di Malaysia.

Penulisan

Buku beliau Silat Olahraga dan Teknik Silat Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dikeluarkan dalam dua bahasa untuk edaran tempatan dan antarabangsa. Karya terakhir beliau bertajuk Silat-Sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum silat malaysia moden menyingkap secara lengkap sejarah pembentukan kurikulum silat dan pembentukan Silat Malaysia yang kini telah dijadikan kurikulum silat PSGFM dengan nama Kurikulum Silat PSGFM Piawaian 2000.

Penelitian

Beliau merupakan tenaga penubuhan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dan dengan usaha beliau di bidang Silat Olahraga menyebabkan Seni Silat berkembang dengan pesatnya di Malaysia. Beliau juga berjaya menyiapkan Kurikulum Silat Malaysia yang telah diamanahkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia.

Guru utama Cikgu Anuar menunjukkan beberapa langkah gayung fatani



Kini Boleh Didapati.....



kini anda semua boleh mendapatkan buku silat gayung fatani malaysia...didalam terdapat sejarah, latar belakang dan macam-macam lagi..mari cepat sementara stok masih ada (TERHAD). sekiranya berminat bolehlah menghubungi Cikgu Halim......